Pages

Tuesday, November 29, 2011

Casting vs Lewang

Musim tengkujuh dah datangggg... negeri pantai timur dah dinaikki air,dah banjir, lain cerita pula penduduk disebelah utara,hujan tak lah seberapa angin pun kadang2 tak menentu..kegiatan kat laut masih boleh diteruskan bagi nelayan mencari rezeki,kaki2 pancing pun masih boleh melepaskan gian,hehehee..

Begitu juga dgn group kawe ni,pada 28/12/11 kami turun ke tuas,yan untuk mengubati rasa ketagih yang duk melekat kat kami semua. Cuaca agak elok dengan sedikit alun yang tak berapa memeningkan kepala,angin pun bertiup sepoi2 bahasa. tapi malang sedikit bagi kami kerana air agak kotor dan berkeladak..

target yang dicari tak lain tak bukan ialah tenggiri tuas yg amat popular di sebelah utara ni..trip kali ni macam2 teknik yang kami gunakan drift,casting temenung,canting bulu,casting jig semua tak mau layan..

Tenggiri cuma 'follow' ja umpan yang dikarau,sampai dekat terus patah balik,entah kenapa tak mau ngap..cuma 2 ekor sahaja tenggiri yang berjaya ditarik, 1 dengan bulu,1 dengan temenung.kawe yang menggunakan sepenuhnya teknik jigging pada hari tersebut dah rasa panjang tangan buat karau dan henjut jig,cuma dapat rasa 3 kali je strike, tu pun putus dan rabut..

Sampai tengahari semua ahli dah penat,ada yg berehat,dan ada yg tido.ada yang dah start membottom.kawe dengan bang shaari try pulak beralih ke sesi melewang...nampaknya sesi melewang memenangi pada trip kali ni.. Dibawah ini lah hasil yang tak seberapa...lewang gak dapat hasil banyak,hehehehe..




sekian..jumpa lg dlm trip akan datang..
wassalam..

Sunday, November 13, 2011

Melayan Roller coaster sambil layan tenggiri.

Dalam keaadan musim yang tak menentu dan dijangkakan banjir besar akan berlaku hujung tahun ini membuatkan semua oarng tak senang duduk terutamanya bagi penduduk sebelah pantai timur, utara dan beberapa negeri lain yang berisiko untuk dilanda banjir.

Lain pula keadaan di sebelah utara sebenarnya,bila tiba keaadan macam ni,tenggiri pula jenuh kat area perairan utara terutamanya sekitar tuas di laut yan kedah.Dengar cerita tenggiri duk tengah banyak kat tuas la ni, rata2 boat yang keluar tidak pulang dengan tangan kosong.

Kawe dan geng2 telah mengatur satu trip pada 12.11.11 baru baru ni untuk menduga tenggiri. Bermula awal pagi hujan dan turun lebat kat sebelah darat..boat keluar dari kuala dalam hujan yang renyai2..rata2 antara kami dah basah habis..Aiii belum dapat mengail pun basah lecun,nak buat macam manakan..

Pukul 9 lbh baru kami sampai kat tuas..air agak tenang pada masa tu cuma cuaca agak mendung. Awal2 lagi kami dah digasak, bulu dengan jig dah putus 3 kali.petanda ikan duk ada tu,hehehe..pagi tu ikan agak frenzy, kul 11 lebih dah 9 ekor berjaya masuk tong.

tapi malangnya pada tengahari angin mula bertiup kencang,alun pun agak tinggi menyebabkan kami semua memancing bagaikan duk dalam roller coaster ja,hehehe..
sblh petang langsung tiada ikan yang susi mematuk umpan kami..kul 4 kami bergerak balik ke jeti..hanya beberpa keping gambar untuk tatapan pembaca sempat dirakamkan..




Hasil keseluruhan 14 tenggiri, 1 jenahak, 1 GT, 6 Cencaru Kuda, 1 Dorado..alahamdulilah kami selamat pulang ke darat dengan selamat.


Jenahak dengan GT kami masak buat makan ramai2 sebelum pulang ke rumah.

p/s:sesiapa berhajat nak merasa penangan tenggiri tuas ni, masa ni lah masanya sementara tengah banyak,hehehee..

Monday, October 17, 2011

Tuah Burung Tenggiri Masuk Tong..

Satu lagi trib bulanan telah terlaksana pada 15.10.11. lokasi macam biasa, Tuas yan, Kedah. Kali ini kami turun dengan sedikit harapan untuk mencilok talang dan jugak gt,maklumlah perkhabaran yang kami terima tenggiri dah berkurangan.

Ahli komplot:

bang shaari
Anas
Munet
Cikgu Fendi
Bang Aji
Kawe

Dengan berbekalkan udang hidup yaang kawe dan abang shaari beli,kul 5.30 pg boat gerak keluar dari kuala. nasib baik tekong kali ni spoting sikit sbb gerak terus ke tuas, kalau tak mcm biasalah, lepak muka kuala sehingga terbit matahari.
Boat bergerak agak pelahan kerana tak kalut sangat, kul 7.30 kami sampai ke tuas..mula2 acara buang buluh tuas dulu,maklumlah tekong ni sambil menyelam sambil minum ayaq org kata..time bawak pemancing ni lah nak bawak sekali buluh tuas,tak rugi trip n minyak boat,heheheee..

Alamakkkk terdengar bang shaari merungut bila nak labuhkan set bottomnya,rupanya udang hidup yang kami bawak semua dah mati..nasib baik lah ada gak sotong hidup hasil dari tarik bubu tadi. dengan berbekalkan sotong hidup, bang shaari mentargetkan kerapu or jenahak..harapan talang dan Gt dah musnah,umpan tarak,dah matiii..

Ahli yang lain dah sibuk dengan acara masing2, kawe menggunakan jig cuba untuk menjinakkan tenggiri, talag or gt..2 kali strike tapi tak menyangkut..sekali mata 3 jig terkangkang. pada pagi tu ikan agak kurang frenzy..pembuka tirai dapat kat bang aji dengan tenggiri pertama hasil casting temenung.gambar tak ambil,semua cbuk...

tak lama lepas tu giliran kawe plak dengan hasil jig, masuk tong lah tenggiri ni,hhehee..


selepas tu terus suasana sunyi dan sepi..tiada yg sudi mematuk umpan kami..bang shaari dah beralih ke acara membottom kerisi,dapat lah 5 6 ekor.. Dekat tenggahari kami dikunjungi penghuni boat yang tidak diundang, seekor burung apa entah singgah berehat atah boat..kawe kata kat member2 supaya jangan kacau burung tu,kito tlg dia bg tempat singgah,nanti dia bagi tuah kat kita..ni lah burung yang membawa tuah tu,apa jenis tak tau le..


Selepas berehat kejap burung tu terbang pergi, tak lama lepas tu kami terus digasak dek tenggiri dan juga belitung@dorado..Umpan sotong hidup pun turut menerima sentapan kuat..kira dr tghr tu sampai petang ikan memang agak frenzy..mungkin tuah burung tu kot, hanya tuhan saja yang tahu..beberapa gambar yang sempat dirakamkan..






Pukul 4.30 ptg kami terpaksa balik kedarat walaupun pada masa tu ikan masih galak menghentam umpan..lewat balik kan tak pasal2 terpaksa berkelah kat muka kuala, boat tak bleh masuk air surut..
Aktiviti ahli komplot sementara boat nak sampai ke jeti..hehehehe..letih kot semuanya ni....





Hasil keseluruhan ada tenggiri 13 ekor, dorado 16, kerapu 1 ekor dan juga beberapa ekor kerisi+cencaru.. Tenggiri dan dorado kaim jual semua..bawak balik anak2 ikan dan kepau untuk dimasak makan beramai2...




Selepas tu acara makan-makan hasil mancing plak...


sotong goreng kunyit + kerapu 3 rasa..


Kepala kerapu masak kengsom

Cencaru 3rasa..

semangat betul ahli komplot makan..sebab sedap ka sebab lapaq,heheheehehe..


Licin habisss...takpa,next trip kita cari lain untuk habuan mcm ni lagi..Wassalam..

Sunday, October 16, 2011

40, 35, 26 Ekor..Mana habis pi...Tenggiri Oh Tenggiri

Trip baru-baru ni kami turun tuas lagi (01.10.11)..Tak tahan dek racun yang kuat menusuk telinga,tenggiri tengah mengamok,ada sampai yang tarik naik berpuluh2 ekor, semua ahli komplot dah tak sabar2 nak turun, nak tunggu tarikh yang dibooking walaupun 1 hari masa berlalu rasanya bagaikan sebulan..

Ahli kali ni macam biasalah,ahli tetap trip bulanan cuma sorang ja kami bawa pendatang baru yang mengisi tempat kekosong ahli yg terpaksa tarik diri..

Ahli : Bang shaari
Anas
Munet
Cikgu Fendi
Kawe
Che mie (ahli baru)


Dipendekkan cerita, pukul 6.45 pg boat baru gerak keluar kuala..tekong kata kul 5.30 tp dia lak yg lewat..huhuhu..dah lah sekarang ni cuaca agak tak menentu,kejap hujan, kejap ribut..masa kami bertolak ke tuas pun cuaca agak mendung dan kelihatan awan hitam segenap ceruk ruang udara..dalam hati,jgn lah ribut,kalau tak tekong ajak balik awai lah jawabnya.

Perjalanan menuju ke tuas..

Che mie yang agak pendiam,maklumlah terjun dalam trip org yang dia tak kenal,segan2 lah tu..hhehehee..

bang shaari dan munet tgh lepak2 sementara sampai ke tuas..temenung ja mengenangkan cuaca agak kurang baik..

Sesampai je kat tuas...

bang shaari buat pembukaan dengan hasil membotonm menggunakan udang hidup..Gt palak yang sudi..sbnrnya kami mentarget talang sbb trip sblm ni talang agak banyak tp kali ini talang langsung tak nampak batang ekor...gt plak yg ada.


Lepas tu munet dgn tenggirinya..


lepas tu kawe plak dgn hasil jig, 2 ekor kawe tarik naik...


lepas tu giliran che mie lak dapat lesen selepas sekian lama menanti dan mencuba.nasib baik katanya,kalau tak pedih telinga,hehehee...


Lepas tu giliran sapo entah,lupa lak..tapi yang nyata,semuanya dapat lesen hari tu..gambar pun tak ambik dah sebab masa tu hujan dah mula turun..pukul 4 kami dah gerak balik ke jeti...Inilah hasil keseluruhan trip kali ini..




9 ekor tenggiri, 5 ekor gerepoh/GT..Banang tua ada sekor dan adalah sedikit ikan bawah..Mana habis ikan ni pi yg mana sebelum ni berpuluh2 ekor org lain duk buat naik. Mungkin rezeki kami kali ni setakat tu sahaja..apapun syukur alhamdulillah..

Wassalam.

Monday, September 19, 2011

Siakap oh Siakap -hatrik strike..

16 September 2011,hari cuti umum 1 malaysia jatuh pada hari Jumaat..bagi negeri kedah,kelantan dan terengganu,cuti tu dibawak ke depan iaitu pada hari ahad..Cuti 3 hari ni,mana mau pigi ni...mancing atau pigi jalan-jalan,habiskan duit,hehehee..

malam jumaat tu kawe dapat call dari sifu munet ajak pi cari siakap tapi kawe tak dapat ikut sbb nak kena bawak anak2 pi camping..sifu ajak plak hari sabtu tp kawe tak dapat joint gak sbb nak kena settle kemas umah,huhuhuu...

Petang sabtu kawe dapat sms,buka tgk rupanya dari sifu munet,antar mms gambar siakap 3kg.. arghhhhh...racun dah mai...huhuhu...tak senang duk kawe dibuatnya..kawe call dia kata hr ahad kita pi lain,tak kira ang nak ikut ke tak...ehhehe..

Pendek cerita,pukul 10 pg ahad 19.09.11, kawe gerak gi ambil munet kat umah dia,terus pi beli udang idup..Ondaway ke lubuk,singgah makan dan tapau makanan dulu..dekat kul 12 baru bleh sampai kat lubuk..alamak air keruh lah plak...masa tu air tengah start pasang.
Takpa,kita tunggu air start surut,baru jernih,macam kemarin,katanya ngan munet..
dalam duk tunggu tu kawe dapat strike pertama,rupanya sembilang yang naik..


dekat kul 4 baru air start penuh dan tak lama lepas tu baru start surut..

Strike pertama dapat kat hamzah,kawan munet..dah lah datang lambat,dia strike dulu,huhhu...takpa,rezeki masing2..tak lama lepas tu giliran kawe lak,naik sekor siakap 2.1kg..cangkuk umpan baru,baling2 sekali lagi strike,naik lagi sekor..cangkuk plak udang baru,sekali lagi strike,naik lagi sekor yang ke tiga..dalam masa tak sampai stgh jam kawe dah buat hatrik,alhamdulillah...

Tiba2 munet lak strike tapi malangnya putus tang perambut..petang tu ikan agak frenzy walaupun dalam keadaan hujan..hamzah dah beberapa kali strike tapi lucut dan putus..kawe sendiri pun dah putus dan lucut 2 3 kali..

Oleh kerana hujan,gambar tak banyak dapat diambil. ni lah antara hasil pada petang tu..



Sekor kawe bagi kat munet...alhamdulillah,bleh lah buat lauk...tunggu,kita repet lain nanti...

Renew Lesen Tenggiri..

satu trip telah dirancang pada 15.09.2011,dengan niat tak lain tak bukan adalah untuk merenew lesen je...maklumlah,dah 2 3 trip asyik kumpau ja..
Ahli trip kali ni terdiri dari :

bang Shaari
Bang Aji
Munet
Najib Tembikai(tokey air delima)
Bang Man
Kawe

Tekong jan.

Pendek cerita, pukul 5.45 pg kawe ngan munet dah tercegat kat kuala dulang,ahli lain lum sampai lagi..apa lagi, perkena nasi lomak dulu le..pukul 6.00 pg,ahli lain sampai..tekong plak belum nampak batang hidung..apa kes ni,kata kul 6..

Pukul 6.20 tekong sampai tapi tertingal GPS lah plak,patah balik ambil..Alih2 pukul 6.45 baru boat leh gerak keluar..Air plak dah surut sakan,bimbang lak takut sangkut ni.. Apa yang dibimbang tu telah berlaku,boat sangkut kat muka kuala..jenuh kami berkelah kat ctu...macam aktiviti dibuat oleh ahli komplot sementara menunggu air pasang balik...





sambil tunggu air pasang,tekong ambil kesempatan untuk buang sampah kat kipas boat..tu diaaa..belonggok sampah,ptt lah boat berat semacam jee..


Akhirnya pukul 9.45 pg br boat bleh jalan..matahari dah naik tinggi..hr ni rugi masa ja..


kul 11 lbh smpai tuas..acara kasting pun bermula..strike pertama giliran kawe,renew lesen..
5.2kg ja..

strike ke dua giliran bang man,kecik je..gambaq tak ambik sbb kecik katanya,hehehe..

seterusnya giliran munet dgn tenggiri 3.8kg tapi gambar tak ambik gak sbb semua org duk sibuk kasting..sorry munet, tak sempat nak layan,hehehehe...

kali ini giliran bang shaari dengan hasil teknik 'tokong'..Ikan makan time kawe cabut rod nak pacak kat tempat lain,nasib baik tak terlepas rod dlm laut..kawe strike dgn tangan kiri dua kali,nasib lekat, lepas tu bagi kat tuan dia layan..

ngam2 6kg..

sekali lagi giliran munet,hasil tenggiri curutnya...kali ni kawe tlg ambil gambar,kan merjuk lak simunet nanti kalau tak layan,hehehe..


sebelum pindah ke tuas darat,giliran bang aji lak renew lesen..akhirnya tenggi 4.7kg tewas ditangannya...tersenyum puas bang aji..


Kami singah kejap kat tuas darat,melewang talang dan caru...hasilnya 5 ekor talang dan 4 ekor caru dapat diklepek..lepas tu kami gerak balik ke darat dengan hati yang tak puas..hari ni rugi masa nak mampusss..takpalah,nanti repet lain lah..
antara gambar2 hasil yang dapat dipotretkan...

najib dengan talang hasil lewang..buat 3 rasa pun sodap ni...hehehee...


hasil keseluruhan: Tenggiri 6 ekor,talang 5 ekor,caru + kerisi entak berapa ekor,lupa dah..


tak muat tonggg weehh...hehheee


4 ekor kami jual buat tampung kos,hehehee..


Hasil yang lain dibhagikan sama rata untuk dijadikan lauk..alhamdulillah...