Pages

Tuesday, October 23, 2012

"Renew" Lesen Shukoi - jigging sampai lebam..

Salam semua pengunjung blog kawe ni..semoga anda semua dalam keadaan baik2 hendaknya.. Sudah lama rasanya kawe tidak mengupdate kan sesuatu dekat sini,maklumlah lepas raya hari tu kawe betul2 sibuk sampaikan nak turun menduga penghuni port pun tak sempat.. Kali ni kawe nak ceritakan sedikit tentang trip menrenew lesen yang lama dah expired.. Trip ni berlangsung pada 22/10/2012 yang lepas di Tuas yan,kedah... Trip kali ni sepenuhnya trip kasting dan light jigging...kasting dengan menggunakan umpan temenung mati dan light jigging dengan menggunakan jig bersaiz 25-40g sahaja.. Jig yang kami gunakan dan lebih mendapat sambutan pada trip kali ni ialah jig "abu 3 beradik"..mmg cukup marvelous jig ini walaupun harganya tidak lah mahal.. Mesin yang digunakan mestilah 'hight speed' sekurang-kurang ratio 6:2 dan keatas.. Teknik karauan jig mestilah dikarau laju sambil dihenjut-henjut rod.. Bagi teknik kasting temenung boleh dipelbagaikan tenik karauan samada karau terus dengan perlahan2 atau karau dan henjut dan karau.. Agak malang bagi kami kerana pada hari tersebut air agak kurang cantik,terlalu jernih.. kami cuma mengharapkan ketika waktu perubahan air pasang surut sahaja yang menyebabkan keadaan air bertukar..ketika waktu ini ikan cukup frenzy...ikan mmg duk ada tapi faktor air sahaja yang memnentukan nasib rezeki kami.. dari jangkaaan kawe dan juga tekong2,kat tuas ni tenggiri(shukoi) akan meletup bila2 masa,kalau tak lepas raya aidiladha atau awal bulan november akan berpesta lah nanti kat tuas ni..Sesiapa yang berhajat nak merasa penangan tenggiri tu bleh lah kalau nak membooking boat ye...no tel tekong pun ada kawe senaraikan kat blog kawe ni..hehehe... selamat maju jaya..majulah memancing untuk diri kita semua...Wassalam..
Lesen telah kawe renew...ehhehee..
Inilah hasil keseluruhan Trip pada kali ini..Alhamdulillah..