Pages

Monday, October 17, 2011

Tuah Burung Tenggiri Masuk Tong..

Satu lagi trib bulanan telah terlaksana pada 15.10.11. lokasi macam biasa, Tuas yan, Kedah. Kali ini kami turun dengan sedikit harapan untuk mencilok talang dan jugak gt,maklumlah perkhabaran yang kami terima tenggiri dah berkurangan.

Ahli komplot:

bang shaari
Anas
Munet
Cikgu Fendi
Bang Aji
Kawe

Dengan berbekalkan udang hidup yaang kawe dan abang shaari beli,kul 5.30 pg boat gerak keluar dari kuala. nasib baik tekong kali ni spoting sikit sbb gerak terus ke tuas, kalau tak mcm biasalah, lepak muka kuala sehingga terbit matahari.
Boat bergerak agak pelahan kerana tak kalut sangat, kul 7.30 kami sampai ke tuas..mula2 acara buang buluh tuas dulu,maklumlah tekong ni sambil menyelam sambil minum ayaq org kata..time bawak pemancing ni lah nak bawak sekali buluh tuas,tak rugi trip n minyak boat,heheheee..

Alamakkkk terdengar bang shaari merungut bila nak labuhkan set bottomnya,rupanya udang hidup yang kami bawak semua dah mati..nasib baik lah ada gak sotong hidup hasil dari tarik bubu tadi. dengan berbekalkan sotong hidup, bang shaari mentargetkan kerapu or jenahak..harapan talang dan Gt dah musnah,umpan tarak,dah matiii..

Ahli yang lain dah sibuk dengan acara masing2, kawe menggunakan jig cuba untuk menjinakkan tenggiri, talag or gt..2 kali strike tapi tak menyangkut..sekali mata 3 jig terkangkang. pada pagi tu ikan agak kurang frenzy..pembuka tirai dapat kat bang aji dengan tenggiri pertama hasil casting temenung.gambar tak ambil,semua cbuk...

tak lama lepas tu giliran kawe plak dengan hasil jig, masuk tong lah tenggiri ni,hhehee..


selepas tu terus suasana sunyi dan sepi..tiada yg sudi mematuk umpan kami..bang shaari dah beralih ke acara membottom kerisi,dapat lah 5 6 ekor.. Dekat tenggahari kami dikunjungi penghuni boat yang tidak diundang, seekor burung apa entah singgah berehat atah boat..kawe kata kat member2 supaya jangan kacau burung tu,kito tlg dia bg tempat singgah,nanti dia bagi tuah kat kita..ni lah burung yang membawa tuah tu,apa jenis tak tau le..


Selepas berehat kejap burung tu terbang pergi, tak lama lepas tu kami terus digasak dek tenggiri dan juga belitung@dorado..Umpan sotong hidup pun turut menerima sentapan kuat..kira dr tghr tu sampai petang ikan memang agak frenzy..mungkin tuah burung tu kot, hanya tuhan saja yang tahu..beberapa gambar yang sempat dirakamkan..






Pukul 4.30 ptg kami terpaksa balik kedarat walaupun pada masa tu ikan masih galak menghentam umpan..lewat balik kan tak pasal2 terpaksa berkelah kat muka kuala, boat tak bleh masuk air surut..
Aktiviti ahli komplot sementara boat nak sampai ke jeti..hehehehe..letih kot semuanya ni....





Hasil keseluruhan ada tenggiri 13 ekor, dorado 16, kerapu 1 ekor dan juga beberapa ekor kerisi+cencaru.. Tenggiri dan dorado kaim jual semua..bawak balik anak2 ikan dan kepau untuk dimasak makan beramai2...




Selepas tu acara makan-makan hasil mancing plak...


sotong goreng kunyit + kerapu 3 rasa..


Kepala kerapu masak kengsom

Cencaru 3rasa..

semangat betul ahli komplot makan..sebab sedap ka sebab lapaq,heheheehehe..


Licin habisss...takpa,next trip kita cari lain untuk habuan mcm ni lagi..Wassalam..

Sunday, October 16, 2011

40, 35, 26 Ekor..Mana habis pi...Tenggiri Oh Tenggiri

Trip baru-baru ni kami turun tuas lagi (01.10.11)..Tak tahan dek racun yang kuat menusuk telinga,tenggiri tengah mengamok,ada sampai yang tarik naik berpuluh2 ekor, semua ahli komplot dah tak sabar2 nak turun, nak tunggu tarikh yang dibooking walaupun 1 hari masa berlalu rasanya bagaikan sebulan..

Ahli kali ni macam biasalah,ahli tetap trip bulanan cuma sorang ja kami bawa pendatang baru yang mengisi tempat kekosong ahli yg terpaksa tarik diri..

Ahli : Bang shaari
Anas
Munet
Cikgu Fendi
Kawe
Che mie (ahli baru)


Dipendekkan cerita, pukul 6.45 pg boat baru gerak keluar kuala..tekong kata kul 5.30 tp dia lak yg lewat..huhuhu..dah lah sekarang ni cuaca agak tak menentu,kejap hujan, kejap ribut..masa kami bertolak ke tuas pun cuaca agak mendung dan kelihatan awan hitam segenap ceruk ruang udara..dalam hati,jgn lah ribut,kalau tak tekong ajak balik awai lah jawabnya.

Perjalanan menuju ke tuas..

Che mie yang agak pendiam,maklumlah terjun dalam trip org yang dia tak kenal,segan2 lah tu..hhehehee..

bang shaari dan munet tgh lepak2 sementara sampai ke tuas..temenung ja mengenangkan cuaca agak kurang baik..

Sesampai je kat tuas...

bang shaari buat pembukaan dengan hasil membotonm menggunakan udang hidup..Gt palak yang sudi..sbnrnya kami mentarget talang sbb trip sblm ni talang agak banyak tp kali ini talang langsung tak nampak batang ekor...gt plak yg ada.


Lepas tu munet dgn tenggirinya..


lepas tu kawe plak dgn hasil jig, 2 ekor kawe tarik naik...


lepas tu giliran che mie lak dapat lesen selepas sekian lama menanti dan mencuba.nasib baik katanya,kalau tak pedih telinga,hehehee...


Lepas tu giliran sapo entah,lupa lak..tapi yang nyata,semuanya dapat lesen hari tu..gambar pun tak ambik dah sebab masa tu hujan dah mula turun..pukul 4 kami dah gerak balik ke jeti...Inilah hasil keseluruhan trip kali ini..




9 ekor tenggiri, 5 ekor gerepoh/GT..Banang tua ada sekor dan adalah sedikit ikan bawah..Mana habis ikan ni pi yg mana sebelum ni berpuluh2 ekor org lain duk buat naik. Mungkin rezeki kami kali ni setakat tu sahaja..apapun syukur alhamdulillah..

Wassalam.