Pages

Monday, October 17, 2011

Tuah Burung Tenggiri Masuk Tong..

Satu lagi trib bulanan telah terlaksana pada 15.10.11. lokasi macam biasa, Tuas yan, Kedah. Kali ini kami turun dengan sedikit harapan untuk mencilok talang dan jugak gt,maklumlah perkhabaran yang kami terima tenggiri dah berkurangan.

Ahli komplot:

bang shaari
Anas
Munet
Cikgu Fendi
Bang Aji
Kawe

Dengan berbekalkan udang hidup yaang kawe dan abang shaari beli,kul 5.30 pg boat gerak keluar dari kuala. nasib baik tekong kali ni spoting sikit sbb gerak terus ke tuas, kalau tak mcm biasalah, lepak muka kuala sehingga terbit matahari.
Boat bergerak agak pelahan kerana tak kalut sangat, kul 7.30 kami sampai ke tuas..mula2 acara buang buluh tuas dulu,maklumlah tekong ni sambil menyelam sambil minum ayaq org kata..time bawak pemancing ni lah nak bawak sekali buluh tuas,tak rugi trip n minyak boat,heheheee..

Alamakkkk terdengar bang shaari merungut bila nak labuhkan set bottomnya,rupanya udang hidup yang kami bawak semua dah mati..nasib baik lah ada gak sotong hidup hasil dari tarik bubu tadi. dengan berbekalkan sotong hidup, bang shaari mentargetkan kerapu or jenahak..harapan talang dan Gt dah musnah,umpan tarak,dah matiii..

Ahli yang lain dah sibuk dengan acara masing2, kawe menggunakan jig cuba untuk menjinakkan tenggiri, talag or gt..2 kali strike tapi tak menyangkut..sekali mata 3 jig terkangkang. pada pagi tu ikan agak kurang frenzy..pembuka tirai dapat kat bang aji dengan tenggiri pertama hasil casting temenung.gambar tak ambil,semua cbuk...

tak lama lepas tu giliran kawe plak dengan hasil jig, masuk tong lah tenggiri ni,hhehee..


selepas tu terus suasana sunyi dan sepi..tiada yg sudi mematuk umpan kami..bang shaari dah beralih ke acara membottom kerisi,dapat lah 5 6 ekor.. Dekat tenggahari kami dikunjungi penghuni boat yang tidak diundang, seekor burung apa entah singgah berehat atah boat..kawe kata kat member2 supaya jangan kacau burung tu,kito tlg dia bg tempat singgah,nanti dia bagi tuah kat kita..ni lah burung yang membawa tuah tu,apa jenis tak tau le..


Selepas berehat kejap burung tu terbang pergi, tak lama lepas tu kami terus digasak dek tenggiri dan juga belitung@dorado..Umpan sotong hidup pun turut menerima sentapan kuat..kira dr tghr tu sampai petang ikan memang agak frenzy..mungkin tuah burung tu kot, hanya tuhan saja yang tahu..beberapa gambar yang sempat dirakamkan..






Pukul 4.30 ptg kami terpaksa balik kedarat walaupun pada masa tu ikan masih galak menghentam umpan..lewat balik kan tak pasal2 terpaksa berkelah kat muka kuala, boat tak bleh masuk air surut..
Aktiviti ahli komplot sementara boat nak sampai ke jeti..hehehehe..letih kot semuanya ni....





Hasil keseluruhan ada tenggiri 13 ekor, dorado 16, kerapu 1 ekor dan juga beberapa ekor kerisi+cencaru.. Tenggiri dan dorado kaim jual semua..bawak balik anak2 ikan dan kepau untuk dimasak makan beramai2...




Selepas tu acara makan-makan hasil mancing plak...


sotong goreng kunyit + kerapu 3 rasa..


Kepala kerapu masak kengsom

Cencaru 3rasa..

semangat betul ahli komplot makan..sebab sedap ka sebab lapaq,heheheehehe..


Licin habisss...takpa,next trip kita cari lain untuk habuan mcm ni lagi..Wassalam..

No comments:

Post a Comment