Pages

Tuesday, November 29, 2011

Casting vs Lewang

Musim tengkujuh dah datangggg... negeri pantai timur dah dinaikki air,dah banjir, lain cerita pula penduduk disebelah utara,hujan tak lah seberapa angin pun kadang2 tak menentu..kegiatan kat laut masih boleh diteruskan bagi nelayan mencari rezeki,kaki2 pancing pun masih boleh melepaskan gian,hehehee..

Begitu juga dgn group kawe ni,pada 28/12/11 kami turun ke tuas,yan untuk mengubati rasa ketagih yang duk melekat kat kami semua. Cuaca agak elok dengan sedikit alun yang tak berapa memeningkan kepala,angin pun bertiup sepoi2 bahasa. tapi malang sedikit bagi kami kerana air agak kotor dan berkeladak..

target yang dicari tak lain tak bukan ialah tenggiri tuas yg amat popular di sebelah utara ni..trip kali ni macam2 teknik yang kami gunakan drift,casting temenung,canting bulu,casting jig semua tak mau layan..

Tenggiri cuma 'follow' ja umpan yang dikarau,sampai dekat terus patah balik,entah kenapa tak mau ngap..cuma 2 ekor sahaja tenggiri yang berjaya ditarik, 1 dengan bulu,1 dengan temenung.kawe yang menggunakan sepenuhnya teknik jigging pada hari tersebut dah rasa panjang tangan buat karau dan henjut jig,cuma dapat rasa 3 kali je strike, tu pun putus dan rabut..

Sampai tengahari semua ahli dah penat,ada yg berehat,dan ada yg tido.ada yang dah start membottom.kawe dengan bang shaari try pulak beralih ke sesi melewang...nampaknya sesi melewang memenangi pada trip kali ni.. Dibawah ini lah hasil yang tak seberapa...lewang gak dapat hasil banyak,hehehehe..




sekian..jumpa lg dlm trip akan datang..
wassalam..

No comments:

Post a Comment