Pages

Thursday, July 26, 2012

Casting vs Jigging vs Lewang..mana lagi menarik???

Salam sejahtera dan Selamat berpuasa semua..
Lama juga kawe tak update post kat blog ni, maklumlah kekangan kerja yang makin menimbun je..

Apapun hari ni kawe nak post sedikit tentang trip kawe n tha gangs ke tuas yan pada 26/06/2007 lepas..Misi memburu tenggiri tapi talang juga yang bersepah-sepah..hehee..

Trip kali ni kawe bawa set casting ja dan sepenunhya layan jig je pakai set ini.biar sampai krinting bulu ketiak kawe,,hahaha.. Kawe lebih minat main jig kat tuas ni dari casting temenung mati sebab dengan jig ni bukan sahaja tenggiri tapi ikan lain pun sangkut..itu pun bergantung pada rezeki lah kan..apa yang penting karauan jig tu mesti laju,nak bagi tak teruk kat kita eloklah guna mesin yang hight speed..

Setelah bulu ketiak dan nak mula kerinting dan lengan dah rasa besar sebelah naik lah jugak tenggiri ditangan kawe...
Ini lah juga hasil kawe main jig untuk kali ini..
Sitalang tu tak usah ceritalah,dah berekor2 dah dinaikkan dengan jig kawe ni..

Simunet pula mmg setia dengan casting temenung mati dan sekali sekala disulam dengan casting bulu..Mamat ni memang terkenal dengan gelaran raja bulu..tak raja apanya,asalkan main bulu je mesti ada yang sangkut..

Bang shaari pulak tak lekang dengan lewangnya..Lewang ni mmg menjadi kat tuas ni kalau nak ambil ikan talang,cencaru,GT@gerepoh tapi teknik memainkan lewang ni mestilah betul,heheee.. GT pun dia balaih pakai teknik lewang je..memang master of lewang dia ni,hehee..

Bang aji pun tak kurang hebatnya dalam teknik melewang ni..sekor GT tertewas ditangan nya..Talang tu jangan duk cerita lah,bersepah dah masuk tong..

Yang ni pula hasil usaha Anas.Dengan berumpankan roti gadernia,akhirnya naik juga sekor bawal layar@telingga gajah...tu pun putus dah 2 kali,hehehe..
Akhirnya inilah hasil keseluruhan casting,jiging dan lewang..tak lah banyak tapi boleh lah untuk dibuat lauk..pada masa kawe post ni pun ada lagi sebelah kepala tenggiri kat dlm peti ais,hehehee..layan gambar duluuuuuu...
Macam biasalah team kami ni,tak sah kalau hasil yang baru naik tu tak buat masak,makan ramai..
Talang masak sweet sour..besttt...tak caya try lah,3 rasa pun best...cr kedai siam dan suruh diaorg masak..bukan mahal pun upah,sekor tu dalam 8-10 ringgit je..
Oklah..Secara keseluruhannya trip kali ini dimenangi oleh teknik lewang yang menaikan paling banyak ikan,tenggok talang bersepah tu bleh dikatakan lebih dari separuh dinaikkan dengan teknik ni.
sekian dulu..nanti kita jumpa lagi dalam trip akan datang.. Wassalam..

No comments:

Post a Comment