Pages

Tuesday, January 17, 2012

Trip Pembukaan 2012 - Kuda ku lari gagah berani...

Trip pembukaan untuk 2012 kali ini agak lain dari trip tahun yang sebelum-sebelum ni yang mana kami mulakan trip dengan menjelajah atau meneroka lubuk di tuas yan tapi kali ni kami menduga lubuk di sekitar pulau payar..

Sebenarnya perkhabaran yang kawe dapat dari sifu kawe menyatakan trip ke pulau payar ni paling tidak pun setahun sekali je sebab ikan yang ditarget ni adalah bermusim..tahun 2011 yang lepas kami dah terlepas musim jadi tahun ni kami agak beruntung kerana dapat membooking boat lebih awal..

target yang dicari adalah sejenis cencaru bersaiz yang agak mengejutkan saya jugak lah,besau ooo..hehehe..ikan ni lebih dikenali sebagai cencaru kuda..dengan saiz yang agak besar membuatkan lariannya begitu mengasyikan, lebih-lebih lagi ikan ni dipancing dengan menggunakan kaedah tradisional iatu dengan cara melewang bulu sahaja..tak pakai glove kompom melecet jari dibuatnya..
ini lah caru kuda vs selipar saiz 10

Hasil kami hari tu agak lumayan jugak,setelah dibahagi,tak muat peti ais umah kawe,hehehhe..hasil keseluruhan trip kali ini..


setelah disusun...

Talang pun ada juga..

Ini lah serba sedikit trip pembukaan kami kali ini..
jumpa lagi dalam next trip....

Penutup 2011-jadi ubat parkinson

Salam semua...

Lama sudah kawe tak masuk menulis kat blog ni..maklumlah akhir2 ni kerja agak melonggok ckit..Kat laut pun sudah lama rasanya kawe tak turun..tangan pun dah rasanya terkena parkinson..

Dalam kesibukan kawe pada hujung tahun lepas,kawe sempat gak lah mencari ubat untuk parkinson,tak bleh turun kat laut,muara pun jadi lah...

sesi pengubatan ni kawe telah laksanakan setelah balik kerja,komplot sorang2 ja,lepaskan gian..hehehe..dengan rasminya komplot singkat ni menjadi penutup kawe untuk tahun 2011..kira nasib kawe baik jugak lah hari tu,dapat lah raja muara 2 ekor buat ubat,,alhamdulillah...