Pages

Monday, January 21, 2013

BERPESTA TENGGIRI DI TUAS..

As Salam & Salam sejahtera..

kali ni kawe nak cerita tentang satu trip pd awal bulan yg lepas..trip ni sebenarnya trip menumpang, tumpang trip member,maklumlah dah gian nak mengail punya pasal..ehhehhe..

Oleh kerana trip menumpang,maka persiapan pun sekadar alakadar sahaja..umpan temenung pun 5kg sahaja disediakan..biasanya bawa sekurangnya 7kg..

nak dijadikan cerita,kebetulan kali ini tenggiri agak frenzy dan 'bodong'nya berkeliaran disekitar tuas..baling je umpan apa pun terus dibedalnya..cuma bagi yang menggunakan umpan temenung,mata kail yang dipasang harus diletakkan batu ladung sekurangnya saiz 3 or 4 supaya cepat sikit tenggelam.

Umpan 5kg tu sekejap sahaja untuk kami berenam,menjelang tengahhari dah habis..terpaksalah kami mengunakan umpan tiruan seperti jig dan bulu. tu pun jenuh gak melayan.belambak jig dan bulu putus di bahang dek tenggiri..

Akhirnya kami terpaksa akur dengan rezeki yang tuhan tentukan,hanya ini sahaja yang mampu kami daratkan dek kerana umpan dan faktor masa..

Kami pulang dengan sedikit rasa kekesalan,kesal kerana membawa bekalan umpan yang sedikit,tenggiri duk tenggah frenzy lagi tu...apapun syukur alhamdulillah dengan rezeki yang boleh dikatakan agak lumayan.

2 comments:

  1. As Salam... Biasa kalau memancing di Yan bro guna boatman mana yer...? Adr contact?
    Berapa cost untuk satu boat dan turun di Jetty mana?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete