Pages

Tuesday, July 9, 2013

Selamat berpuasa

Semoga kita semua mendapat keberkatan dan ganjaran yang berlipat ganda dibulan yang mulia ini..

Monday, January 21, 2013

BERPESTA TENGGIRI DI TUAS..

As Salam & Salam sejahtera..

kali ni kawe nak cerita tentang satu trip pd awal bulan yg lepas..trip ni sebenarnya trip menumpang, tumpang trip member,maklumlah dah gian nak mengail punya pasal..ehhehhe..

Oleh kerana trip menumpang,maka persiapan pun sekadar alakadar sahaja..umpan temenung pun 5kg sahaja disediakan..biasanya bawa sekurangnya 7kg..

nak dijadikan cerita,kebetulan kali ini tenggiri agak frenzy dan 'bodong'nya berkeliaran disekitar tuas..baling je umpan apa pun terus dibedalnya..cuma bagi yang menggunakan umpan temenung,mata kail yang dipasang harus diletakkan batu ladung sekurangnya saiz 3 or 4 supaya cepat sikit tenggelam.

Umpan 5kg tu sekejap sahaja untuk kami berenam,menjelang tengahhari dah habis..terpaksalah kami mengunakan umpan tiruan seperti jig dan bulu. tu pun jenuh gak melayan.belambak jig dan bulu putus di bahang dek tenggiri..

Akhirnya kami terpaksa akur dengan rezeki yang tuhan tentukan,hanya ini sahaja yang mampu kami daratkan dek kerana umpan dan faktor masa..

Kami pulang dengan sedikit rasa kekesalan,kesal kerana membawa bekalan umpan yang sedikit,tenggiri duk tenggah frenzy lagi tu...apapun syukur alhamdulillah dengan rezeki yang boleh dikatakan agak lumayan.

Sunday, December 2, 2012

Talang vs Secarik Bulu Itik..

Tarikh Trip : 01.12.12

Lubuk diterjah : Tuas yan ,kedah.

Ahli Komplot : Shaari, MUnet(Ketua lanun), Anas, Mie Besi, Kawe, adik Ipar kawe.

Sasaran : Tenggiri(utama) & spesis yang boleh dimakan.

Umpan : Ikan temenung 5kg, jig, riben,bulu itik, udang hidup 110 ekor.



Seperti biasa trip kali ini merupakan trip bulanan ahlul jemaah kaki pancing tegar dari sg. petani. Cuma kali ini kawe selitkan adik ipar kawe yang duk sibuk mintak nak ikut turun merasa penangan tenggiri tuas..Adik ipar kawe ni belum pernah turun kelaut sebenarnya...Bimbang juga kawe takut dibuatnya kambus laut dari awal sampai balik,tak ke cetek jadi laut tu dibuatnya,hehehee..

Dipendekkan cerita, kami sampai di tuas lbh kurang 7.30 pg..mula2 sampai tekong bawa pi tuas yang paling tengah..apalagi, sampai je terus masing2 labuhkan umpan..ada yang bottom umpan udang hidup,ada yang kasting temenung,ada yang karau jig, semua teknik kami hentam..termasuklah adik ipar kawe yang tak tau apa...kawe bagi satu rod dan suruh kasting tenggiri sampai dapat,hehehee..Hampir pukul 10 pagi,tidak mendapat sebarang patukan dari penghuni lubuk pun..


Alih2,tekong kata kita pi tuas satu lagi..Tambat je boat kat buluh tuas terus kami labuhkan umpan masing2..belum cecah dasar,rod bottom shaari dah dihenjut kuat..rupanya sitalang yang hentam udang hidup..belum pun talang tu berjaya dinaikkan kedalam boat,rod mie besi pula dihenjut..hasilnya talang berjaya dinaikkan..nampaknya segerombolan talang yang menghuni tuas rupanya.. Adik ipar kawe yang duk kasting tenggiri terus bertukar kepada sesi membotom pula dek kerana tak tahan melihat ahli2 duk asyik naikkan ikan..dengan menggunakan rod bottom ehsan dari shaari,dia berjaya menaikkan berpuluh-puluh ekor talang..sampai lembik dia dikerjakan sitalang..maklum le,ahli baru...baru dapat merasa penangan menaikan ikan..Udang hidup seratus 110 ekor sekejap ja habis disapu oleh talang..


Kawe,shaari dan mie besi terus beralih ke acara melewang menngunakan bulu itik pula..panjang rasanya tangan-tangan kami duk melayan talang berselangseli dengan cencaru..penat wooo...ikan makan tak henti-henti...sekali tarik,sekali sangkut...

Munet dan anas masih setia dengan memburu tenggiri di belakang boat..kawe yang duk asyik melewang pun kadang2 menyulam pula dengan mengarau jig,hasilnya seekor tenggiri tunggal berjaya dinaikkan dan berbelas ekor talang..
Adik ipar kawe dengan tenggiri tunggal.Tersenyum puas dapat melayan tarikan ikan hari ini.Belum dapat merasa penangan tenggiri lagi tu,kalau tak tido tak lena le,tergiang-giang dengar bunyi drag yang mencurah keluar..ehehehe..


Dari pagi sampai kepetang ikan duk makan tak henti-henti..makin petang makin galak pula sicencaru menghentam bulu itik ni...bulu tingal seurat pun dihentam juga..Oleh kerana masa mencemburui kami,pukul 4.00ptg kami terpaksa bertolak balik ke jeti..Ini le hasil yang kami dapat bawa pulang....
Talang sebanyak 119 ekor tak termasuk yang diberikan kepada tekong..Cencaru 100 lebih..tenggiri Sekor..

Dan hasil penat lelah memanjangkan tangan,inilah hasilnya,habuan buat modal..





Sunday, November 4, 2012

Double trouble Baramundek Strike..

Kali ni kawe nak cerita trip muara pada 03/11/2012..Seperti biasalah,bila air cantik kami akan turun ke port rohsio,port VIP kegemaran kami iaitu port selut.. Pukul 7.50 pagi kawe dah terjonggol didepan rumah Sifu munet..aangkut ja sifuu terus pecut pi beli udang hidup.."Bea,kali ini kita ambil monster time air mula-mula pasang,mesti ada monster duk tunggu kita tu bea" katanya sisfu munet.. "Alamak sifu,kedai udang ni tak buka lagi lah,macam mana ni sekarang dah pukul 8.30 pg,jap lagi air dah nak pasang,melepas lah kita".. sabaqqq sabaqqq katnya tuan sifu.. Pukul 9 baru kedai udang buka,tu pun jenuh kami tel suruh mai jual udang..macam kami lak nak meniaga,hehehee... Dipendekkan cerita,kul 9.30 baru kami berjaya melabuhkan umpan..pada masa tu air pun dah mula gerak pasang.."bea,air ni elok ni,ready je...monster bleh hentam bila2 masa je ni"pesan sifu kat kawe.. tak sampai pun 15 minit,tiba2 rod sifu dah kena henjut...Sreeettt.....sreetttt....tali laju je keluar dari spooll..tu diaaa, dah nampak dah..dah nampak....mmg monster lah sifu jerit kawe bila nampak simangsa mengelupur diatas permukaan air...layan punya layan,akhirnya monster tewas juga ditangan sifuku...mmg hanyirrrlah tangan sifuu ku ni..malam tadi dapat kot..ehehheehehe..
Sifuku dengan monsternya... Air semakin meninggi,arus pun dah agak laju sedikit..umpan asyik habis digertu oleh spesis pengacau..."tak bleh jadi ni bea,kalau macam ni balik awal lah kita,habis umpan nanti..tak sempat tunggu air pasang penuh nanti"..runggut sisifuku.. "Tak apa lah sifu,umpan habis pun sifu dah tapau dah,dah tak kumpau,kawe ni duk bangau ja sifu oii".kata kawe kat sifu.. "Jangan duk bmbang bea,air pasang penuh jap lagi nanti meletup lah plak tu"..kata2 semangat dari sifuku.. Memang benar telahan sifu munet,terror sungguh dia membaca tabiat atau diet monster kat cni...bila air mula memenuh je, tiba pula giliran kawe merasa penangan tarikan monter untuk trip kali ni..berpeluh gak kawe nak layan mainan monster kat celah-celah reba kayu..akhirnya tertewas gak dihujung rod cap ayam dan mesin Shimano Siena 2500 kawe..
Bebaloi juga kawe duduk membangau hampir separuh hari..ada juga rezeki untuk kawe renew lesen baramundek...ehheeehehehee..
Peluru terbaik untuk memburu monster diport selut ini...
Pengacau yang selalu menghabiskan umpan kami..Akhirnya tewas ditangan sifuu..
Sagu hati untuk kami pada trip kali ini... Jumpa lagi next trip...jangan meleleh darah ikut hidung dah lah ye..ehehehehee..

Tuesday, October 23, 2012

"Renew" Lesen Shukoi - jigging sampai lebam..

Salam semua pengunjung blog kawe ni..semoga anda semua dalam keadaan baik2 hendaknya.. Sudah lama rasanya kawe tidak mengupdate kan sesuatu dekat sini,maklumlah lepas raya hari tu kawe betul2 sibuk sampaikan nak turun menduga penghuni port pun tak sempat.. Kali ni kawe nak ceritakan sedikit tentang trip menrenew lesen yang lama dah expired.. Trip ni berlangsung pada 22/10/2012 yang lepas di Tuas yan,kedah... Trip kali ni sepenuhnya trip kasting dan light jigging...kasting dengan menggunakan umpan temenung mati dan light jigging dengan menggunakan jig bersaiz 25-40g sahaja.. Jig yang kami gunakan dan lebih mendapat sambutan pada trip kali ni ialah jig "abu 3 beradik"..mmg cukup marvelous jig ini walaupun harganya tidak lah mahal.. Mesin yang digunakan mestilah 'hight speed' sekurang-kurang ratio 6:2 dan keatas.. Teknik karauan jig mestilah dikarau laju sambil dihenjut-henjut rod.. Bagi teknik kasting temenung boleh dipelbagaikan tenik karauan samada karau terus dengan perlahan2 atau karau dan henjut dan karau.. Agak malang bagi kami kerana pada hari tersebut air agak kurang cantik,terlalu jernih.. kami cuma mengharapkan ketika waktu perubahan air pasang surut sahaja yang menyebabkan keadaan air bertukar..ketika waktu ini ikan cukup frenzy...ikan mmg duk ada tapi faktor air sahaja yang memnentukan nasib rezeki kami.. dari jangkaaan kawe dan juga tekong2,kat tuas ni tenggiri(shukoi) akan meletup bila2 masa,kalau tak lepas raya aidiladha atau awal bulan november akan berpesta lah nanti kat tuas ni..Sesiapa yang berhajat nak merasa penangan tenggiri tu bleh lah kalau nak membooking boat ye...no tel tekong pun ada kawe senaraikan kat blog kawe ni..hehehe... selamat maju jaya..majulah memancing untuk diri kita semua...Wassalam..
Lesen telah kawe renew...ehhehee..
Inilah hasil keseluruhan Trip pada kali ini..Alhamdulillah..

Sunday, July 29, 2012

Siakap Ramadhan..

As Salam dan Salam sejahtera.. Sempena bulan baik dengan penuh barokah ini sesungguhnya allah telah menjanjikan sesuatu kepada umatnya yang berusaha dan berserah kepadanya.. Lamo bebenor rasanya kawe tidak turun menduga siakap dekat lubuk yang selalu kawe terjah dengan sifu munet.. Kali terakhir kami turun,aura kumpau yang melanda kami,heehhhe.. Siakap dah kurang sebab reba-reba dan pokok tumbang tak kelihatan...nak kena pi terbalikkan pokok bakau ni,buat reba untk bagi siakap berkumpul,baru semangat nakpi terjah nanti..hihihiii Ini merupakan trip pertama untuk bulan puasa kali ini..kawe sebenarnya malas nak keluar memancing bulan2 puasa ni,baik lepak umah dengan anak2 buat biskut raya,hehe Memandangkan sifu munet beria-ia mengajak kawe turun dengan ayat racunnya "jom lah bang turun,kali ni kalau ada ikan mesti monster punya,kita pi jap ja,tenggahari kita balik lah." akhirnya kawe bersetuju..buat hilang rasa bosan kat umah.. Dengan berbekalkan udang hidup 70 ekor kami merempit dengan 'oven' kawe ke lubuk..'Oven' tu kete buruk kawe le,member kawe bagi gelaran oven sebab kete tu takde aircond,ehehhheeh... Buat apa weh sampai 70ekor udang ni,kata nakpi jap je..biar betul si munet ni..Rupanya2 mmg betul tekaan si munet,buntal banyak hari tu,buang umpan jap karau naik mata kail je..jahanam kalau macam ni,tak sempat tghari ni kena balik,umpan habis.. kawe pun cuba berpindah tempat,ke satu spot kegemaran kawe..kawe pangil pot sekap merah sebab kat pot tu kawe yng buat rekod tarik sekap merah,ehhehee.. Dengan balingan pertama tak sampai seminit joran terus dihenjut tapi bila kawe balas tak lekat..sangkut umpan lain dan sekali lagi kawe baling di tempat yang sama..tak sampai 2 minit sekali lagi joran kawe dihenjut kuat,kawe balas kali ni terus strike..maka berderitttttt lah...shimano sieana 2500fb kawe..tali keluar mcam air je,drag tak brenti2..jenuh kawe nak menkontrol ikan ni..maklumlah main kat area reba ni risiko utk sangkut dan putus amat tinggi.. dan akhirnya tewas juga monster 5.8kg ni ditangan kawe...alhamdulilah,rezeki bulan ramadhan..boleh balik buat kenduri ni... Bulan ramadhan tahun lepas pun sama,rezeki kami murah..layan gambar dulu,buat pedihkan mata..hehehhe..
Kalau keluar hinggus tu lap ye...hihi..Jumapa lagi..

Thursday, July 26, 2012

Casting vs Jigging vs Lewang..mana lagi menarik???

Salam sejahtera dan Selamat berpuasa semua..
Lama juga kawe tak update post kat blog ni, maklumlah kekangan kerja yang makin menimbun je..

Apapun hari ni kawe nak post sedikit tentang trip kawe n tha gangs ke tuas yan pada 26/06/2007 lepas..Misi memburu tenggiri tapi talang juga yang bersepah-sepah..hehee..

Trip kali ni kawe bawa set casting ja dan sepenunhya layan jig je pakai set ini.biar sampai krinting bulu ketiak kawe,,hahaha.. Kawe lebih minat main jig kat tuas ni dari casting temenung mati sebab dengan jig ni bukan sahaja tenggiri tapi ikan lain pun sangkut..itu pun bergantung pada rezeki lah kan..apa yang penting karauan jig tu mesti laju,nak bagi tak teruk kat kita eloklah guna mesin yang hight speed..

Setelah bulu ketiak dan nak mula kerinting dan lengan dah rasa besar sebelah naik lah jugak tenggiri ditangan kawe...
Ini lah juga hasil kawe main jig untuk kali ini..
Sitalang tu tak usah ceritalah,dah berekor2 dah dinaikkan dengan jig kawe ni..

Simunet pula mmg setia dengan casting temenung mati dan sekali sekala disulam dengan casting bulu..Mamat ni memang terkenal dengan gelaran raja bulu..tak raja apanya,asalkan main bulu je mesti ada yang sangkut..

Bang shaari pulak tak lekang dengan lewangnya..Lewang ni mmg menjadi kat tuas ni kalau nak ambil ikan talang,cencaru,GT@gerepoh tapi teknik memainkan lewang ni mestilah betul,heheee.. GT pun dia balaih pakai teknik lewang je..memang master of lewang dia ni,hehee..

Bang aji pun tak kurang hebatnya dalam teknik melewang ni..sekor GT tertewas ditangan nya..Talang tu jangan duk cerita lah,bersepah dah masuk tong..

Yang ni pula hasil usaha Anas.Dengan berumpankan roti gadernia,akhirnya naik juga sekor bawal layar@telingga gajah...tu pun putus dah 2 kali,hehehe..
Akhirnya inilah hasil keseluruhan casting,jiging dan lewang..tak lah banyak tapi boleh lah untuk dibuat lauk..pada masa kawe post ni pun ada lagi sebelah kepala tenggiri kat dlm peti ais,hehehee..layan gambar duluuuuuu...
Macam biasalah team kami ni,tak sah kalau hasil yang baru naik tu tak buat masak,makan ramai..
Talang masak sweet sour..besttt...tak caya try lah,3 rasa pun best...cr kedai siam dan suruh diaorg masak..bukan mahal pun upah,sekor tu dalam 8-10 ringgit je..
Oklah..Secara keseluruhannya trip kali ini dimenangi oleh teknik lewang yang menaikan paling banyak ikan,tenggok talang bersepah tu bleh dikatakan lebih dari separuh dinaikkan dengan teknik ni.
sekian dulu..nanti kita jumpa lagi dalam trip akan datang.. Wassalam..

Sunday, May 20, 2012

Berpesta Talang Di Tuas..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Disebabkan oleh kekangan kerja,bukan sahaja nak turun memancing,nak update blog pun tak sempat.. Pada 12.05.2012 lepas,kawe sempat turun ke tuas setelah lama tak menduga penghuni nya.. Mangsa yang ditarget adalah shukhoi tetapi rupanya shukhoi ni dah tehempas kat indonesia,hhuhuu...Kami diserang oleh segerombolan talang yang cukup mengganas.. Hari tu agak lewat kami sampai kat tuas,cuaca pun agak mendung..
MEncanak boat tekong pecut,maklumlah dah lewat.. Sesampai je kat tuas terus labuh umpan udang hidup,tak sampai 5 minit dah strike..ada harapan ni kata bang shaari..hehee.. kawe pun dengan pantas mengarau jig,karau tak sampai separuh terus strike,besttt..bestt... kat belakang boat sibuk dengan tenggirinya(shukhoi) tetapi tenggiri memang tak layan.ada lah yang sesat 3 ekor,boleh lah buat lauk.. Kami kat depan 3 org sibuk dengan talang,udang hidup dah hbs kami belasah pakai jig dan lewang..dan hasil 3 orang punya kerja dapat lah 135 ekor,hehee Layan lah gambar pulak...
Naik je kat darat terus gi kedai,lapar wooo..dalam boat td hanya ada bekal roti ja..
Lapar sungguh ni.makan pun dah tak tgk kiri kanan,heehe.. Lepas makan terus ke Pasar,apa lagi,jual lah setengah,nak makan semua tak habis.. Jual dalam 50kg ja..Boleh lah buat tampung kos sikit..
Ok lah..nanti jumap lagi..lama kawe tak menaip cerita,idea pun kurang.. Mintak maaf lah kalau kurang menarik.. Wassalam...

Thursday, February 23, 2012

Tenggiri Datang lagi..

ini hasil dari trip 18.2.2012 yang lepas..taklah banyak tapi boleh buat lauk ja..21 ekor tenggiri dan sekor golok@dorado..

kali ini tenggiri memakan umpan semua dengan teknik kasting temenung mati,umpan tiruan dia tak layan..perambut steel tak perlu batu ladung dan spiner..nak letak batu ladung boleh tapi saiz no 1 sahaja dan manik merah 2 biji..lebih berkesan.

teknik karauan yang amat perlahan adalah lebih berkesan.Tenggiri menyambar umpan kebanyakan diatas permukaan air berhampiran dengan boat..

inilah hasil yang tak seberapa..



Kita jumpa lagi next trip..
wassalam.

Thursday, February 9, 2012

Hentam Sajelah Punya Trip - Janji layannnn..

Sudah lama team kami tidak turun memburu tenggiri dekat tuas seperti mana yang kami aturkan pada tahun lepas..
Kali ini kami agak keberatan untuk membooking boat memandangkan cuaca yang tidak menentu dan juga keadaan air yang selalu kotor menyebabkan segelintir pemancing pulang hangpa setiap kali turun. Kami hanya menunggu lampu hijau dari tekong untuk menepah boat.

Dalam duk tunggu2, tanggal 2 Febuari kami dikhabarkan bahawa tenggiri tengah mengamuk dituas,semua tuas bleh dikatakan ada tenggiri..ada yang bawak naik sampai 100 ekor lebih..Apalagi, bang shaari selaku ketua komplot mula lah kalut menbuat pangilan sana sini untuk kumpul ahli tapi malangnya bila ahli dah cukup bot plak takde kosong..

Semua ahli dah rasa kecewa,lebih2 lagi ditambah dengan bisa racun yang diterima dari tuas..semua dah berputus asa..Last2 minit,nasib kami baik bila bang shaari menelefon mengatakan ada satu bot kosong,ada trip group dari KL kansel..alhamdulillah....tapi boat siapa,bot Pak abu kuala dulang..tak pernah dengar pun tekong ni..macam mana hasil yang selalu tekong ni dapat pun kami tak tau..HEntammmm saje lah,janji leh turun...hehehhee..

Dipendekkan cerita, 5 Febuari kami turun ke kula dulang seawal jam 6.00 pg..rupanya,tekong yang bawak kami tu ialah pak halim..saya biasa pi ngan pak halim ni..tekong ni selalunya tidak menghampakan lah...baru semangat ada sikittt....ada harapan tak kumpau hari ni,hehehehhee..

2 hr sebelum ni mmg tenggiri mengamuk sakan,tuas pak halim pun duk tarik 60 lbh tapi start 5 hbln pak halim kata ikan dah berkurangan..saya kata kat sifu munet, boleh 6 ekor pun jadilah,seekor sorang balik buat lauk..lama tak makan tenggiri segar ni...

Alhamdulillah,rezeki kami agak murah hari tu,target 6 ekor sahaja tapi dapat tarik naik 9 ekor..dibawah ni hasil tangkapan kami pada hari tu...



Wassalam..kita jumpa lagi next trip..
mintak2 trip 18 hbln ni sukses...

Tuesday, January 17, 2012

Trip Pembukaan 2012 - Kuda ku lari gagah berani...

Trip pembukaan untuk 2012 kali ini agak lain dari trip tahun yang sebelum-sebelum ni yang mana kami mulakan trip dengan menjelajah atau meneroka lubuk di tuas yan tapi kali ni kami menduga lubuk di sekitar pulau payar..

Sebenarnya perkhabaran yang kawe dapat dari sifu kawe menyatakan trip ke pulau payar ni paling tidak pun setahun sekali je sebab ikan yang ditarget ni adalah bermusim..tahun 2011 yang lepas kami dah terlepas musim jadi tahun ni kami agak beruntung kerana dapat membooking boat lebih awal..

target yang dicari adalah sejenis cencaru bersaiz yang agak mengejutkan saya jugak lah,besau ooo..hehehe..ikan ni lebih dikenali sebagai cencaru kuda..dengan saiz yang agak besar membuatkan lariannya begitu mengasyikan, lebih-lebih lagi ikan ni dipancing dengan menggunakan kaedah tradisional iatu dengan cara melewang bulu sahaja..tak pakai glove kompom melecet jari dibuatnya..
ini lah caru kuda vs selipar saiz 10

Hasil kami hari tu agak lumayan jugak,setelah dibahagi,tak muat peti ais umah kawe,hehehhe..hasil keseluruhan trip kali ini..


setelah disusun...

Talang pun ada juga..

Ini lah serba sedikit trip pembukaan kami kali ini..
jumpa lagi dalam next trip....

Penutup 2011-jadi ubat parkinson

Salam semua...

Lama sudah kawe tak masuk menulis kat blog ni..maklumlah akhir2 ni kerja agak melonggok ckit..Kat laut pun sudah lama rasanya kawe tak turun..tangan pun dah rasanya terkena parkinson..

Dalam kesibukan kawe pada hujung tahun lepas,kawe sempat gak lah mencari ubat untuk parkinson,tak bleh turun kat laut,muara pun jadi lah...

sesi pengubatan ni kawe telah laksanakan setelah balik kerja,komplot sorang2 ja,lepaskan gian..hehehe..dengan rasminya komplot singkat ni menjadi penutup kawe untuk tahun 2011..kira nasib kawe baik jugak lah hari tu,dapat lah raja muara 2 ekor buat ubat,,alhamdulillah...

Tuesday, November 29, 2011

Casting vs Lewang

Musim tengkujuh dah datangggg... negeri pantai timur dah dinaikki air,dah banjir, lain cerita pula penduduk disebelah utara,hujan tak lah seberapa angin pun kadang2 tak menentu..kegiatan kat laut masih boleh diteruskan bagi nelayan mencari rezeki,kaki2 pancing pun masih boleh melepaskan gian,hehehee..

Begitu juga dgn group kawe ni,pada 28/12/11 kami turun ke tuas,yan untuk mengubati rasa ketagih yang duk melekat kat kami semua. Cuaca agak elok dengan sedikit alun yang tak berapa memeningkan kepala,angin pun bertiup sepoi2 bahasa. tapi malang sedikit bagi kami kerana air agak kotor dan berkeladak..

target yang dicari tak lain tak bukan ialah tenggiri tuas yg amat popular di sebelah utara ni..trip kali ni macam2 teknik yang kami gunakan drift,casting temenung,canting bulu,casting jig semua tak mau layan..

Tenggiri cuma 'follow' ja umpan yang dikarau,sampai dekat terus patah balik,entah kenapa tak mau ngap..cuma 2 ekor sahaja tenggiri yang berjaya ditarik, 1 dengan bulu,1 dengan temenung.kawe yang menggunakan sepenuhnya teknik jigging pada hari tersebut dah rasa panjang tangan buat karau dan henjut jig,cuma dapat rasa 3 kali je strike, tu pun putus dan rabut..

Sampai tengahari semua ahli dah penat,ada yg berehat,dan ada yg tido.ada yang dah start membottom.kawe dengan bang shaari try pulak beralih ke sesi melewang...nampaknya sesi melewang memenangi pada trip kali ni.. Dibawah ini lah hasil yang tak seberapa...lewang gak dapat hasil banyak,hehehehe..




sekian..jumpa lg dlm trip akan datang..
wassalam..

Sunday, November 13, 2011

Melayan Roller coaster sambil layan tenggiri.

Dalam keaadan musim yang tak menentu dan dijangkakan banjir besar akan berlaku hujung tahun ini membuatkan semua oarng tak senang duduk terutamanya bagi penduduk sebelah pantai timur, utara dan beberapa negeri lain yang berisiko untuk dilanda banjir.

Lain pula keadaan di sebelah utara sebenarnya,bila tiba keaadan macam ni,tenggiri pula jenuh kat area perairan utara terutamanya sekitar tuas di laut yan kedah.Dengar cerita tenggiri duk tengah banyak kat tuas la ni, rata2 boat yang keluar tidak pulang dengan tangan kosong.

Kawe dan geng2 telah mengatur satu trip pada 12.11.11 baru baru ni untuk menduga tenggiri. Bermula awal pagi hujan dan turun lebat kat sebelah darat..boat keluar dari kuala dalam hujan yang renyai2..rata2 antara kami dah basah habis..Aiii belum dapat mengail pun basah lecun,nak buat macam manakan..

Pukul 9 lbh baru kami sampai kat tuas..air agak tenang pada masa tu cuma cuaca agak mendung. Awal2 lagi kami dah digasak, bulu dengan jig dah putus 3 kali.petanda ikan duk ada tu,hehehe..pagi tu ikan agak frenzy, kul 11 lebih dah 9 ekor berjaya masuk tong.

tapi malangnya pada tengahari angin mula bertiup kencang,alun pun agak tinggi menyebabkan kami semua memancing bagaikan duk dalam roller coaster ja,hehehe..
sblh petang langsung tiada ikan yang susi mematuk umpan kami..kul 4 kami bergerak balik ke jeti..hanya beberpa keping gambar untuk tatapan pembaca sempat dirakamkan..




Hasil keseluruhan 14 tenggiri, 1 jenahak, 1 GT, 6 Cencaru Kuda, 1 Dorado..alahamdulilah kami selamat pulang ke darat dengan selamat.


Jenahak dengan GT kami masak buat makan ramai2 sebelum pulang ke rumah.

p/s:sesiapa berhajat nak merasa penangan tenggiri tuas ni, masa ni lah masanya sementara tengah banyak,hehehee..