Pages

Sunday, December 2, 2012

Talang vs Secarik Bulu Itik..

Tarikh Trip : 01.12.12

Lubuk diterjah : Tuas yan ,kedah.

Ahli Komplot : Shaari, MUnet(Ketua lanun), Anas, Mie Besi, Kawe, adik Ipar kawe.

Sasaran : Tenggiri(utama) & spesis yang boleh dimakan.

Umpan : Ikan temenung 5kg, jig, riben,bulu itik, udang hidup 110 ekor.



Seperti biasa trip kali ini merupakan trip bulanan ahlul jemaah kaki pancing tegar dari sg. petani. Cuma kali ini kawe selitkan adik ipar kawe yang duk sibuk mintak nak ikut turun merasa penangan tenggiri tuas..Adik ipar kawe ni belum pernah turun kelaut sebenarnya...Bimbang juga kawe takut dibuatnya kambus laut dari awal sampai balik,tak ke cetek jadi laut tu dibuatnya,hehehee..

Dipendekkan cerita, kami sampai di tuas lbh kurang 7.30 pg..mula2 sampai tekong bawa pi tuas yang paling tengah..apalagi, sampai je terus masing2 labuhkan umpan..ada yang bottom umpan udang hidup,ada yang kasting temenung,ada yang karau jig, semua teknik kami hentam..termasuklah adik ipar kawe yang tak tau apa...kawe bagi satu rod dan suruh kasting tenggiri sampai dapat,hehehee..Hampir pukul 10 pagi,tidak mendapat sebarang patukan dari penghuni lubuk pun..


Alih2,tekong kata kita pi tuas satu lagi..Tambat je boat kat buluh tuas terus kami labuhkan umpan masing2..belum cecah dasar,rod bottom shaari dah dihenjut kuat..rupanya sitalang yang hentam udang hidup..belum pun talang tu berjaya dinaikkan kedalam boat,rod mie besi pula dihenjut..hasilnya talang berjaya dinaikkan..nampaknya segerombolan talang yang menghuni tuas rupanya.. Adik ipar kawe yang duk kasting tenggiri terus bertukar kepada sesi membotom pula dek kerana tak tahan melihat ahli2 duk asyik naikkan ikan..dengan menggunakan rod bottom ehsan dari shaari,dia berjaya menaikkan berpuluh-puluh ekor talang..sampai lembik dia dikerjakan sitalang..maklum le,ahli baru...baru dapat merasa penangan menaikan ikan..Udang hidup seratus 110 ekor sekejap ja habis disapu oleh talang..


Kawe,shaari dan mie besi terus beralih ke acara melewang menngunakan bulu itik pula..panjang rasanya tangan-tangan kami duk melayan talang berselangseli dengan cencaru..penat wooo...ikan makan tak henti-henti...sekali tarik,sekali sangkut...

Munet dan anas masih setia dengan memburu tenggiri di belakang boat..kawe yang duk asyik melewang pun kadang2 menyulam pula dengan mengarau jig,hasilnya seekor tenggiri tunggal berjaya dinaikkan dan berbelas ekor talang..
Adik ipar kawe dengan tenggiri tunggal.Tersenyum puas dapat melayan tarikan ikan hari ini.Belum dapat merasa penangan tenggiri lagi tu,kalau tak tido tak lena le,tergiang-giang dengar bunyi drag yang mencurah keluar..ehehehe..


Dari pagi sampai kepetang ikan duk makan tak henti-henti..makin petang makin galak pula sicencaru menghentam bulu itik ni...bulu tingal seurat pun dihentam juga..Oleh kerana masa mencemburui kami,pukul 4.00ptg kami terpaksa bertolak balik ke jeti..Ini le hasil yang kami dapat bawa pulang....
Talang sebanyak 119 ekor tak termasuk yang diberikan kepada tekong..Cencaru 100 lebih..tenggiri Sekor..

Dan hasil penat lelah memanjangkan tangan,inilah hasilnya,habuan buat modal..