Pages

Tuesday, November 29, 2011

Casting vs Lewang

Musim tengkujuh dah datangggg... negeri pantai timur dah dinaikki air,dah banjir, lain cerita pula penduduk disebelah utara,hujan tak lah seberapa angin pun kadang2 tak menentu..kegiatan kat laut masih boleh diteruskan bagi nelayan mencari rezeki,kaki2 pancing pun masih boleh melepaskan gian,hehehee..

Begitu juga dgn group kawe ni,pada 28/12/11 kami turun ke tuas,yan untuk mengubati rasa ketagih yang duk melekat kat kami semua. Cuaca agak elok dengan sedikit alun yang tak berapa memeningkan kepala,angin pun bertiup sepoi2 bahasa. tapi malang sedikit bagi kami kerana air agak kotor dan berkeladak..

target yang dicari tak lain tak bukan ialah tenggiri tuas yg amat popular di sebelah utara ni..trip kali ni macam2 teknik yang kami gunakan drift,casting temenung,canting bulu,casting jig semua tak mau layan..

Tenggiri cuma 'follow' ja umpan yang dikarau,sampai dekat terus patah balik,entah kenapa tak mau ngap..cuma 2 ekor sahaja tenggiri yang berjaya ditarik, 1 dengan bulu,1 dengan temenung.kawe yang menggunakan sepenuhnya teknik jigging pada hari tersebut dah rasa panjang tangan buat karau dan henjut jig,cuma dapat rasa 3 kali je strike, tu pun putus dan rabut..

Sampai tengahari semua ahli dah penat,ada yg berehat,dan ada yg tido.ada yang dah start membottom.kawe dengan bang shaari try pulak beralih ke sesi melewang...nampaknya sesi melewang memenangi pada trip kali ni.. Dibawah ini lah hasil yang tak seberapa...lewang gak dapat hasil banyak,hehehehe..




sekian..jumpa lg dlm trip akan datang..
wassalam..

Sunday, November 13, 2011

Melayan Roller coaster sambil layan tenggiri.

Dalam keaadan musim yang tak menentu dan dijangkakan banjir besar akan berlaku hujung tahun ini membuatkan semua oarng tak senang duduk terutamanya bagi penduduk sebelah pantai timur, utara dan beberapa negeri lain yang berisiko untuk dilanda banjir.

Lain pula keadaan di sebelah utara sebenarnya,bila tiba keaadan macam ni,tenggiri pula jenuh kat area perairan utara terutamanya sekitar tuas di laut yan kedah.Dengar cerita tenggiri duk tengah banyak kat tuas la ni, rata2 boat yang keluar tidak pulang dengan tangan kosong.

Kawe dan geng2 telah mengatur satu trip pada 12.11.11 baru baru ni untuk menduga tenggiri. Bermula awal pagi hujan dan turun lebat kat sebelah darat..boat keluar dari kuala dalam hujan yang renyai2..rata2 antara kami dah basah habis..Aiii belum dapat mengail pun basah lecun,nak buat macam manakan..

Pukul 9 lbh baru kami sampai kat tuas..air agak tenang pada masa tu cuma cuaca agak mendung. Awal2 lagi kami dah digasak, bulu dengan jig dah putus 3 kali.petanda ikan duk ada tu,hehehe..pagi tu ikan agak frenzy, kul 11 lebih dah 9 ekor berjaya masuk tong.

tapi malangnya pada tengahari angin mula bertiup kencang,alun pun agak tinggi menyebabkan kami semua memancing bagaikan duk dalam roller coaster ja,hehehe..
sblh petang langsung tiada ikan yang susi mematuk umpan kami..kul 4 kami bergerak balik ke jeti..hanya beberpa keping gambar untuk tatapan pembaca sempat dirakamkan..




Hasil keseluruhan 14 tenggiri, 1 jenahak, 1 GT, 6 Cencaru Kuda, 1 Dorado..alahamdulilah kami selamat pulang ke darat dengan selamat.


Jenahak dengan GT kami masak buat makan ramai2 sebelum pulang ke rumah.

p/s:sesiapa berhajat nak merasa penangan tenggiri tuas ni, masa ni lah masanya sementara tengah banyak,hehehee..