Pages

Tuesday, June 14, 2011

Fishing Rod & Specifikasinya

Rod memancing merupakan satu aspek yang penting didalam melengkapkan setup pancingan itu sendiri. Ini kerana, kuasa dan daya tarikan ikan akan diserap oleh rod dan diagihkan ke pemancing. Di pasaran terdapat puluhan brand dengan ratusan model dari sependek sehingga sepanjang melebihi 14".


Diantara jenis-jenis rod yang ada dipasaran merujuk kepada setup memancing itu sendiri sebagai contoh spinning rod (pemasangan Spinning Reels dibawah rod), baitcasting rod (Pemasangan Multipilyer@BC diatas rod), Suftcasting rod (Rod yang panjang melebihi 10"), fly rod (Aksi bend yang terbaik) dan telescopic rod (Pancingan puyu, sepat).

Selain jenis-jenis rod yang berbeza, material pembuatannya juga memberi perbezaan yang besar didalam penghasilannya. Diantara material yang selalu digunakan didalam pembuatan rod ini adalah seperti, Carbon Fibre, Composites Carbon Fibre, Graphite, High Modulus Graphite, Boron Composites dan sebagainya. Bahan-bahan pembinaan rod ini akan memberi kesan keatas sifat fizikal sesuatu rod.

Lazimnya bahan pembinaan rod yang terdiri dari fibre sedikit berat tetapi tahan lasak manakala graphite lebih ringan dan sedikit sensitif. Selain material pembuatan rod itu sendiri, material pembuatan cork atau pemegang juga dilihat ada pelbagai pilihan dipasaran diantaranya Eva foam, Aluminium, Kayu, Gabus dan plastik sentetik. Cork yang ringan & tahan lasak lazimnya menjadi pilihan.

Pembuatan rod ni tidak lengkap tanpa pemasangan guidesnya. Dan diantara jenis material guides yang tersedia dipasaran terdiri daripada titanium, steel, reinforced Aluminum Oxide , Silicon Carbide (Sic) dll.

Selain dari pembuatan dan jenis-jenis rod dipasaran, tahukah kita ia juga mempunyai had dan limitnya bergantung pada keupayaannya. Sebagai contoh Ultra-light, Light, Medium-Light, Medium, Medium Heavy, Heavy, Ultra- Heavy.

Indikatif ni agak subjektif kerana nilai kekuatan ni merujuk kepada pengeluar sendiri tanpa satu standart yang tetap. Cuma kita menggunakan ultra-ligth rod untuk mensasarkan ikan-ikan kecil dan Ultra-heavy untuk ikan puluhan Kg yang ada dilautan.

Manakala sesetengah rod juga dilengkapkan dengan recomendation Action yang dibekalkan kepada pemancing. "Action" pula merujuk kepada kebolehupayaan dan tindakbalas rod terhadap force bending dan kelajuannya untuk kembali ke bentuk asal. Contoh action yang ada dipasaran adalah seperti Slow, Medium, Fast. Atau bahasa kampungnya adalah kekerasan sesuatu rod. Dengan Fast Action, pengeluar menawarkan tindakbalas rod paling cepat kembali kebentuk asal semasa aktiviti membaling umpan dilaksanakan. Ini kerana Rod Fast Action menawarkan rod yang keras dan sensitif untuk aktiviti casting dan lontaran lure yang jauh kesasaran.


Manakala kelebihan slow Action pula boleh membentuk "U" Bend sehingga ke Cork atau Butt rod kerana slow action menawarkan rod yang lembut dan lebih flexsible. Ini memberikan kesan dramatik ketika menarik ikan. Oleh itu lazimnya action ini akan dipengaruhi 100% oleh material pembuatan rod itu sendiri. Ini kerana Fast Action rod disediakan dari material HMG (High Modulus Graphite) manakala Slow Action rod disediakan dari material fibre@ Carbon fibre.

Adalah penting untuk kita gandingkan reels dengan keupayaan kekuatan satu-satu rod. Ini kerana pembekal telah menyediakan kekuatan dan keupayaan rod merujuk kepada "Line Weight" yang di cetak diatas rod. Ada sesetengah merujuk kepada nilai PE dan ada yang merujuk kepada nilai Poundage (lb). Setelah ujian demi ujian dilakukan keatas rod, pengeluar akan memberi nilai kekuatan keatas rod yang hendak dipasarkan. Jangan sesekali kita menggunakan kekuatan main line yang melebihi kekuatan rod itu sendiri. Nanti main line tak putus, rod pula patah.

Manakala bagi penggemar casting atau penggunaan lure tiruan seperti jig dan popper adalah penting merujuk kepada nilai "Lure Weight" yang dicadangkan agar lure dapat dilontarkan semaksima mungkin kesasaran. Ini kerana penggunaan lure yang ringan atau terlebih berat dari nilai yang dicadangkan akan menyebabkan lure tidak dapat dilontarkan dengan jarak yang maksimum. Selain itu untuk pancingan jig pula aktiviti jig lebih efectif dengan penggunaan berat jig yang di cadangkan oleh pengeluar. Sebagai contoh nilai yang ditunjukan adalah seperti 100g atau 3oz dengan unit g (gram) dan oz (ounces)

Dan diakhir pemilihan pastinya kita lihat kepada bilangan pieces rod tersebut. Sudah semestinya Rod One Piece menawarkan kekuatan dan konfiden level yang tinggi tetapi kesukaran untuk dibawa dan diangkut kesana kesini menjadi permasalah pula kepada pemancing.

Thursday, June 9, 2011

Tuass lagiii..Lubuk Tenggiri..

Salam sejahtera semua...

Kali ini aku nak menceritakan tentang satu trip baru baru ni iaitu pada 04.06.11.
Lokasi pertarungan tak lain tak bukan kat tuas lagi lah..
Kali ni tuas yang dipilih ialah tuas wan jugak..
Tuas Wan yang terkenal dengan hasil tangkapan tenggiri yang begitu banyak sehingga kan ahli group bersepakat untuk membooking boat sampai hujung tahun,hehehhee...

Pada trip kali ini kami dioffer oleh bang wan untuk mencuba Boat yang baru dibelinya..boat ni boleh memuatkan pemancing sehingga 7 org..bila bilangan ahli naik,tambang pun sudah tentu naik jugak lah,huhuhuhu....

Boat ni agak selesa jika dibandingkan dengan boat bang wan yang lain dan merupakan satu2nya boat yang ada tandas kat kole dulang ni...

Selesa tak selesa boat ni,anda saksikan sendiri apa yang ahli2 komplot buat semasa perjalanan ke lubuk,hehehehehee

































































kami bertolak pada jam 6.00 pg keluar dari kole..Tekong kali ni ialah Tekong Man,tekong baru ni..Biasalah,boat baru,tekong pun kena baru juga lah,hehehehhe...

Tekong ni memang sempoi dan orang jenis periang,maklumlah budak bujanggg...kalu anda tak percaya tenggok lah,pagi2 bawak boat dah tak pakai baju,tak sejukkk kee....


Tapi yang tak tahannya ada ka patut dia bagi kat si munet ni bawak boat..terbalikan boat ni baru tau..dah lah si munet ni duk gila stereng,maklumlah ketenya dah lama masuk garaj..hehehe....




















Sampai je kat tuas matahari dah meninggi...kelihatan buluh tuas melambai2..tengok air macam cantik je...mintak2 ikan ada hari ni....





















Smapai je kami terus "bekerja"..paling awal munet dak strike kat belakang dengan menkarau bulu..sreetrerrtt....sreeetttt.....tussss...putus....awai2 lagi dah putus,petanda nak kumpau lah ni,katanya si munet....

Dipendekkan cerita pada hari tu ikan agak kurang,mungkin faktor umpan hidup takde kot..tapi kira banyak gak strike,potong umpan dan putus..yang dijadikan rezeki hanya sekor golok dinaikkan oleh munet, sekor tenggiri oleh aku, 2 ekor oleh bang aji dan 2 ekor oleh ambok tekong..
Yang peliknya simunet telah berjaya mengkasting "ruby snaper" ni...cayalah munet,ang memang teror,hehehehe..


Sebelah petang plak aku dan bang shaari beralih kepada teknik lewang bulu itik untuk mengklepet cencaru dan talang..dan ini hasil yang kami dapat kelepet....ahlhamdulillah,rezeki..








Pukul 4 petang kami bertolak pulang ke jeti...sampai dijeti terus dihagi2kan hasil kepada semua ahli..



Sekian dulu dari aku untuk kali ini..trip repet pada 18.06.11...Wahai penunggu-penunggu Lubuk,Tungguuu kami datang kerja kan..hehehehehe....